FOLLOWER'SS !

Wednesday 10 December 2014

POPIA NESTUM



BAHAN-BAHAN 

1 bungkus besar kulit popia
Lidi/straw untuk menggulung
Telur sebagai bahan pelekat
Minyak masak untuk menggoreng
½ cawan susu tepung
½ cawan gula (kisar halus)
1 cawan nestum (kisar halus)

CARA-CARA

1.    Gulung kulit popia menggunakan lidi/straw, tinggalkan dalam 1-2 cm untuk lekatkan dengan telur.  Tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab untuk mengelakkannya mengering dan susah untuk di potong
2.    Panaskan api. Sementara itu, potong kulit popia yang telah di gulung secara serong dengan gunting/pisau dengan jarak 1-2 cm
3.    Goreng potongan kulit popia dengan api kecil hingga garing. Angkat dan toskan minyak pada kertas tisu
4.    Setelah popia goreng sejuk, tabur dengan susu tepung, gula dan nestum kisar. Gaul hingga rata dan simpan dalam bekas kedap udara

KEK COKLAT MOIST



BAHAN-BAHAN

1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikabonat
1 cawan gula pasir
1 tin kecil susu pekat
1 cawan minyak masak
4 biji telur (tak sejuk)
1 cawan air panas (mendidih)

CARA-CARA

1.    Ayakkan serbuk koko, tepung gandum, serbuk penaik dan soda bikabonat
2.    Campurkan gula pasir dan satu tin kecil susu pekat dan kacau
3.    Campurkan minyak masak dan letak telur satu per satu kacau sehingga sebati mengikut satu hala sahaja
4.    Akhir sekali campurkan air panas
5.    Kacau hingga sebati supaya tidak nampak ketul-ketul pada adunan
6.    Campurkan mentega di sekeliling bekas yang tertutup dan kukus sehingga masak (1 ½ jam tanpa di buka)
7.    Selepas itu sapukan dengan toppings dan di hiasi dengan garnish

TOPPINGS

½  cawan serbuk koko
½  cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak

CARA-CARA

1.    Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga sebati
2.    Kemudian kacau di atas dapur dengan api yang perlahan sehingga likat
3.    Sejukkan sebentar dan sapu atas kek yang telah sejuk

TART GULUNG NENAS

BAHAN-BAHAN

1 kg tepung gandum
1 ½ ketul majerin buttercup (seketul  = 250 gm)
1 ketul majerin farmcow (seketul  = 250 gm)
½  cawan tepung jagung
2 biji kuning telur
100 gm gula icing
2 cubit garam

CARA-CARA

1.    Cairkan kedua-dua majerin
2.    Gaul gula dengan majerin hingga sebati.
3.    Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil terus dikacau dengan spatula
4.    Apabila tepung sudah habis di masukkan, boleh di uli dengan tangan hingga menjadi doh yang lembut. Boleh tambah majerin sekiranya belum cukup lembut untuk di tekan. Tutup dengan kitchen towel buat sementara  (sentiasa di tutup apabila tidak di gunakan supaya doh tidak mengeras)
5.    Sediakan inti.ambil sedikit doh dan tekan menggunakan acuan tart kira-kira 4 cm panjang, letakkan inti dan gulung perlahan-lahan. Pindahkan tart ke dulang pembakar yang telah di griskan
6.    Sapukan permukaan tart dengan glis kuning telur
7.    Bakar pada suhu 175 darjah celcius selama 20 minit
8.    Sejukkan di ats dawai penerai sebelum di simpan dalam bekas kedap udara

BISKUT SARANG SEMUT



BAHAN-BAHAN

250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum
100 gm tepung jagung
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla
Paper cup kecil secukupnya
Sedikit coklat rice (hiasan)

CARA-CARA

1.    Pukul kembang butter dan gula
2.    Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata
3.    Masukkan tepung dan gaul rata
4.    Parutkan adunan ke dalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper cup
5.    Taburkan coklat rice
6.    Bakar dalam oven dengan suhu 180’c sampai masak (15 minit)
7.    Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara