Assalamualaikum
dan salam sejahtera..
Dungun merupakan
sebuah daerah dalam negeri Terengganu. Terdapat lapan mukim di daerah dungun,
antaranya mukim kuala jengai, mukim besol, mukim kuala abang, mukim sura, mukim
rasau, mukim kuala dungun, mukim paka dan mukim jerangau.
Kini daerah Dungun
lebih di kenali sebagai daerah yang kaya dengan sektor pendidikan. Sektor ini,
memainkan peranan sebagai ejen-ejen ilmu pegetahuan kepada rakyat Terengganu
atau pun rakyat luar Terengganu. Antara institusi pendidikan yang terdapat di
daerah Dungun ialah Universiti Teknologi Mara (UITM) kampus Dungun dan Bukit
Besi, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), dan sekolah-sekolah
kerajaan.
UITM DUNGUN
|
Nama Dungun di
katakan bermula apabila pendatang daripada kepulauan Indonesia iaitu Pagar
Ruyung Sumatera telah membuka kawasan di kawasan paya air tawar yang banyak di
tumbuhi sejenis pokok situ (paya) iaitu pokok dungun atau nama saintifiknya
“heritiera littoralis” keluarga “sterculiaceae”.
Dungun menjadi
lebih terkenal pada mata dunia sejak penemuaan dan perlombongan biji besi pada
tahun 1930 oleh Nippon Mining Company dan di exspori di jepun pada tahun 1931
hinggalah kepada pendudukan Inggeris di Terengganu. Pembangunan di Dungun
khususunya Bukit Besi menjadi pesat dengan terdirinya jalan-jalan (rel)
keretapi dan bangunan pejabat serta pertambahan penduduk yang sentiasa
meningkat dari tahun ke tahun samada rakyat Terengganu dari daerah lain mahupun
pekerja-pekerja lombong Bukit Besi dan luar Terengganu dengan diketuai oleh
seorang ketua dan rumah pasung Dungun di bahagi kepada cawangan Bukit Besi dan
paka.
Dengan penemuaan
bijih besi, Daerah Dungun menjadi termaju di Negeri Terengganu ketika itu,
malah ianya terkenal di kalangan negara-negara luar khususnya negara pengimpot
besi seperti Jepun, Korea dan sebagainya.
KERETAPI LAMA
|
BUKIT BESI (ZAMAN
DAHULU)
|
Sekian sahaja
edisi saya anak Dungun. Di harap perkongsian hari ini dapat memberi manafaat
kepada bakal-bakal pelancong ke tanah hitam putih. Sebelum mengakhiri bicara,
sudi-sudi lah melihat sekilas gambar-gambar terbaru daerah saya..
MERCU TANDA DAERAH
|
SUNGAI BERTEMU
LAUT
|