Assalamualaikum dan salam sejahtera
Memerang ialah haiwan yang tinggal berdekatan
air. Terdapat pelbagai jenis memerang, antaranya memerang kecil, memerang kumis,
memerang licin (lutrogale perspicillata) dan memerang eurasia (lutra
lutra). sebahagian memerang tinggal
dekat sungai dan di laut (memerang laut). Merang hidup di setiap benua kecuali
australasia dan antartika.
Memerang kecil (bahasa inggeris :
oriental/asian small-clawed otter) ialah salah satu daripada haiwan yang
terdapat di malaysia. Nama sainsnya (binomial) Aonyx cinerea.Memerang kecil
adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang
belakang (vertebrata) , kelas mamalia. Filum kordata. Order karnivor. Famili
mustelidae. Spesies A. Ciberea. Genus Aonyx. Jantung memerang kecil terdiri
daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas di kenali sebagai atrium,
sementara kamar bawah di kenali sebagai ventrikel. sebagai mamalia, memerang
kecil berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di
badan. Memerang kecil akan menjaga anak sehingga mampu berdikari. Memerang
kecil merupakan haiwan yang di lindungi dan memerlukan lesen pemburuan.
Memerang kumis juga di kenali sebagai
berang-berang kumis (bahasa inggeris : hairy-nosed otter) ialah sejenis
memerang yang di anggap pupus sejak tahun 1998. Bagaimanapun memerang ini kini
telah di temui di semenanjung malaysia , borneo, jawa sumatera, thailand dan
indochina serta di tasik toluca californa amerika syarikat. Nama sainsnya
(binomial) lutra sumatrana. Genus lutra. Spesis l.sumatrana. Bentuk dan saiznya
memerang kumis adalah serupa dengan memerang eurasia (lutra lutra). Hampir satu
meter panjangnya, memerang ini mempunyai kaki renang serta kuku yang kuat.
Kulitnya berwarna perang tua di bahagian atas dan perang pucat di bahagian
bawah, dengan pemisah yang nyata. Bulunya halus dan lembut, sebagaimana dengan
kebayakkan memerang yang lain. Muncungnya berbentuk perisai dan di litupi oleh
bulu.
Sebagaimana dengan memerang lain,memerang
kumis adalah haiwan sosial. Haiwan ini keluar dalam kawanan dan saling
melindungi antara satu sama lain. Kekadang memerang ini bergabung dengan
kawanan yang lain untuk mencari makanan. Jika terdapat memerang yang baru di
lahirkan, memerang dewasa,termasuk memerang jantan akan bergilir menjaga anak
itu.
Pada umumnya memerang di anggap sebagai
penunjuk ekologi yang terbaik. Di mana terdapat memerang , di situlah air
sungai tidak tercemar. Memerang akan meninggalkan sesuatu kawasan jika tempat
itu tidak lagi membekalkan ikan yang mencukupi.