Assalamualaikum
dan salam sejahtera.
Bulan Ramadhan, Al-Quran dan malam Lailatulqadar
mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan
di dalam kitab Allah dan Hadis Rasulullah s.a.w di antaranya firman Allah s.w.t.
sesungguh nya telah kami turunkan al-quran pada malam lalilatulqadar.tahukah
kamu apakah malam lailatulqadar itu?lailatulqadar adalah lebih baik drpd seribu
bulan. Surah al-qard, ayat 1-2.
Tanda-tanda malam lailatul
qadar
1. Orang yang beribadah pada malam tersebut
merasakan lazatnya beribadah
2. Malam yang terang, tidak panas, tidak dingin,
tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang di
lempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi syaitan)
3. Cahaya mentari lemah, cerah tak bersinar kuat
keesokannya
4. Bulan nampak separuh bulatan
5. Udara dan suasana pagi yang tenang
6. Kadang-kadang terbawa ke dalam mimpi
7. Melihat nur yang terang benderang di segenap
tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita
8. Mendegar ucapan salam dan kata-kata yang lain
dari malaikat
9. Melihat segala benda termasuk pohon-pohon
kayu rebah sujud
Pendapt ulama
Ada
sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama
dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.
Menurut
mereka sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari :
·
Ahad
atau rabu = lailatulqadar pada hari ke 29
·
Jumaat atau
selasa = lailatulqadar pada hari ke 27
·
Khamis =
lailatulqadar pada hari ke 25
·
Sabtu =
lailatulqadar pada hari ke 23
·
Isnin =
lailatulqadar pada hari ke 21
Sebagai
kesimpulannya, yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam ramadan
dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat ibadah setiap waktu, magrib, isyak,
subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam lailatulqadar.Oleh
itu, bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan ramadan.
Semoga kita sama-sama beroleh manafaat daripada nyaa. In shaa Allah.
No comments:
Post a Comment