Assalamualaikum
dan salam sejahtera..
Sepuluh
hari pertama di dalam bulan ramadhan adalah rahmat. Tetapi Allah S.W.T tidak
menguji kemampuan hambanya menahan lapar dan dahaga hanya dalam sepuluh hari
pertama tetapi sepanjang ramdhan. Bersyukurlah kita di lahirkan sebagai seorang
yang islam kerana islam adalah pemudah cara. Akan tetapi ada segelintir insan
di muka bumi ini tidak malu melakukan kesalahan, sebagai contoh tidak berpuasa
di tempat awam.
Pertengahannya
pengampunan. Alhamdulillah di beri kesempatan melalui sepuluh malam yang
berikut untuk mengandakan amal-amal kebaikan di bulan yang mulia ini. Antara
ibadah yang sering di lakukan oleh para nabi dan para solihin ialah
memperbanyakkan solat sunat, zikir,qiamulai dan sedekah. Mudah-mudahan perkara baik yang di tinggal
oleh orang terdahulu boleh menjadi ikutan generasi sekarang, in shaa Allah!
Di dalam
sepuluh malam terkakhir pada bulan ramdhan terdapat satu malam iaitu malam
lailatulqadar. Segala amal kebaikan yang kita lakukan di lipat gandakan
pahalanya, alhamdulillah! Lailatulqadar berlaku pada malam-malam ganjil ada
sumber menyatakan sekiranya berlaku malam lailatul qadar malam itu sunyi,
tenang, pokok-pokok tunduk ke bumi. Pada
siang nya matahari tidak mengeluarkan cahaya yang sangat terang. Keadaan siang
nya tidaklah terlalu panas.
Jadi
rebutlah peluang keemasan ini untuk melipat gandakan amal ibadat kita. Anggap
ini ramadhan terakhir supaya kita lebih bersemangat dan berusaha gigih
meningkat pahala kita sepanjang ramadhan ini. In shaa Allah ganjaran syurga
menjadi idaman! Salam ramadhan al-mubarak 2014...terima kaseh semua.. !
No comments:
Post a Comment