FOLLOWER'SS !

Sunday, 23 November 2014

PENEMAN SETIA



Assalamualikum dan salam sejahtera..

Setiap orang mempunyai teman yang berbeza. Yakni berbeza dari segi raut wajah. Berbeza perwatakkan. Berbeza citarasa dan kesungguhan. Bagi saya mempunyai kawan beribu tetapi tiada satu yang dapat memahami hati tidak akan mendatang keindahan di dalam kehidupan am nya. Berbeza dengan saya, kerana teman setia saya adalah haiwan peliharaan.

Apabila saya mengeluarkan kenyataan diatas. Haruslah adalah yang terlintas di benak fikiran, adakah saya seorang yang sombong? Kenapa saya tak suka berkawan? Atau saya memilih darjat untuk bersahabat? Ohh, tidak sama sekali. Saya adalah seorang yang normal. Ada rasa ingin di kasihi dan di sayangi sama seperti anda. Tetapi saya di kurnia Allah S.W.T satu perasaan ingin mendekati kehidupan sebenar haiwan peliharaan. Alhamdulillah!

Haiwan peliharan saya adalah kucing. Meow. Meow. Meow. Sehingga hari ini saya masih memiliki empat ekor kucing. Dua ekor betina. Dan dua ekor jantan. Masing-masing berlainan usia dan keturunan. Kenapa saya terlalu meminati haiwan berbulu dan bermata butang ini? Oleh sebab, kucing adalah binatang kesayangan Rasulluallah S.A.W. kepelbagaian corak padan badan kucing juga antara daya pengerak bagi saya memilikinya. Kehalusan bulu kucing dapat mendamaikan perasaan yang tengah bercelaru. Indahnya menjadi seekor kucing yang tidak pernah memikir apakah masalah yang datang pada hari berikutnya. 

Ini adalah antara koleksi kucing-kucing peliharaan saya :
NAMA : COKO
UMUR : 3 TAHUN
JANTINA : JANTAN 
BAKA : KAMPUNG


NAMA : VEECO
UMUR : 2 TAHUN
JANTINA : BETINA
BAKA : KAMPUNG
                                        
NAMA :ZOZO
UMUR : 2 TAHUN
JANTINA : JANTAN
BAKA : KACUK KAMPUNG

NAMA :MOJIE
UMUR : 2 TAHUN
JANTINA : BETINA
BAKA : KACUK KAMPUNG

Seperti yang di nyatakan di atas. Minat dan kesungguhan saya adalah terhadap binatang , mungkin berbeza dengan anda. Walhal jurang perbezaan terlalu besar, selagi ia tidak melanggar batas dan hukum agama. In shaa Allah ia akan terus berkekalan.! Sesungguhnya peneman setia tidak datang daripada semewah banglo. Sehebat honda. Tetap ia adalah sekecil mutiara di lautan.

No comments:

Post a Comment