FOLLOWER'SS !

Tuesday, 3 February 2015

SI JANTUNG HATI



Assalamualaikum dan salam sejahtera

 
 
Ibupa adalah insan yang wajib di taati selepas Allah SWT dan Rasulnya.tidak ada seorang pun yang boleh menyamai kedudukan ibubapa yang sangat terhormat ini, apalagi menandinginya. 

Jasa ibubapa yang sangat besar kepada kita iaitu mengandung, melahirkan, membesarkan, mendidik, dan di cukupi segala keperluan hidup dengan penuh kasih sayang, tanggungjawab dan keikhlasan yang mana semua jasa mereka ini tidak dapat terbalas. 

Demikian keistimewaan dan terhormatnya kedudukan ibubapa sehingga Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang bermaksud : “keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa”.

Kewajiban berbuat abik kepada mereka berdua adalah sangat di tekankan dalam islam. Sesuai dengan itu, pelanggaran atas kewajiban tersebut membawa penderhakaan kepada mereka yang membawa akibat bukan sahaja balasan buruk di akhirat tetapi juga di dunia. Akibat penderhakaan kepada ibubapa :

®   Merupakan dosa besar yang menyebabkan mendapat azab seksaan di neraka. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “sebesar-besar dosa ialah menyekutukan Allah, membunuh orang, derhaka kepada ibubapa dan berkata dusta” (Riwayat Bukhari)

®     Semua amal menjadi sia-sia dan tidak bermanafaat. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “tiga perkara yang menyebabkan segala amal tidak bermanafaat lagi ialah menyekutukan Allah derhaka kepada ibubapa dan lari dari medan perang” (Riwayat Thabrani dalam Al-Kabir)

®     Akan di segerakan pembalasannya oleh Allah SWT di dunia di samping kemungkinan masih ada pembalasannya lagi di akhirat. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “dua kejahatan akan di segerakan pembalasannya di dunia ini juga, iaitu zina dan derhaka kepada ibubapa” (Riwayat Thabrani)


Sesungguhnya ibubapa adalah insan yang paling mulia. Di saat kita susah dan senang mereka sentiasa ada untuk kita mengharungi saat getir ini. Ini adalah sebahagian daripada pengorbanan mereka. Justeru itu, mereka perlu di sayangi, di hargai dan di hormati. Kasih sayang mereka tidak pernah pudar, meskipun mereka sudah tiada. Kasih ibubapa hingga ke syurga!

PERHIASAN DIRI



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Wanita dan perhiasan tidak boleh dipisahkan. Ia umpama aur dengan tebing. Perhiasan bukan sahaja terdiri dari segi gaya pemakaian tetapi ia lebih fokus kepada unit-unit kecil yang bernilai seperti rantai leher, gelang tangan dan cincin.

Untuk seseorang kelihatan cantik tidak semestinya mengayakan sesuatu yang berharga tinggi tetapi cara seseorang menterjemah apa yang di pakai dan tahap keyakinan apabila mengayakan nya. Sejak kebelakangan ini, barang kemas sudah menjadi pilihan para wanita untuk di gaya dan suai padan ketika menghadiri majlis perkahwinan dan perayaan.

Tetapi berbeza dengan saya. Saya tidak suka memakai rantai leher. Oleh sebab, sewaktu saya berumur 6 tahun, saya pernah di ragut oleh seorang lelaki bermotosikal. Selepas detik hitam itu , saya menjadi takut dan tidak selesa memakai rantai. Meskipun ia bukan daripada jenis emas. Kini rantai yang di hadiahkan oleh rakan-rakan hanya menjadi koleksi peribadi sahaja.

Sesungguhnya wanita kelihatan manis dan anggun apabila mengayakan perhiasan diri dan berpakaian menurut kehendak syarak. Jika wanita tidak berlebihan dalam mengayakan perhiasan diri, kes-kes jenayah seperti ragut dan rompak dapat di kurangkan. Sayangi nyawa anda, dan bersederhana dalam mengayakan perhiasan.

BAJU HUJAN



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baju hujan ialah baju yang di reka khas untuk mengelakkan diri daripada terkena hujan kerana hujan boleh mengakibatkan demam. Baju hujan juga di reka untuk tidak membiarkan baju yang di pakai basah kerana hujan.

Terdapat pelbagai jenis baju hujan , dan kebanyakan baju hujan di perbuat dengan warna terang untuk memudahkan pemakainya di lihat semasa hujan lebat, ketika jarak penglihatan berkurangan. Terdapat baju hujan yang memiliki penanda cahaya bagi tujuan yang sama.

Kenapa baju hujan menjadi pilihan ???


®     Kami tidak mahu membiarkan pakaian kami basah. Tetapi kami masih di basahi oleh percikan air yang kuat daripada kenderaan yang di pandu laju.

®     Kami membuat pilihan memakai baju hujan yang berwarna cerah, kerana kami mengutamakan keselamatan. Malangnya, warga bertayar empat dan ke atas tidak menghiraukan kami.

®     Kami tidak mampu membeli kenderaan berbumbung. Jangan hina kami kerana menjadi warga bertayar dua. Allah dah turunkan rezeki masing-masing. Pandu cermat, jiwa selamat!