Assalamualaikum dan salam sejahtera
Wanita dan perhiasan tidak boleh dipisahkan. Ia
umpama aur dengan tebing. Perhiasan bukan sahaja terdiri dari segi gaya
pemakaian tetapi ia lebih fokus kepada unit-unit kecil yang bernilai seperti
rantai leher, gelang tangan dan cincin.
Untuk seseorang kelihatan cantik tidak
semestinya mengayakan sesuatu yang berharga tinggi tetapi cara seseorang
menterjemah apa yang di pakai dan tahap keyakinan apabila mengayakan nya. Sejak
kebelakangan ini, barang kemas sudah menjadi pilihan para wanita untuk di gaya
dan suai padan ketika menghadiri majlis perkahwinan dan perayaan.
Tetapi berbeza dengan saya. Saya tidak suka
memakai rantai leher. Oleh sebab, sewaktu saya berumur 6 tahun, saya pernah di
ragut oleh seorang lelaki bermotosikal. Selepas detik hitam itu , saya menjadi takut
dan tidak selesa memakai rantai. Meskipun ia bukan daripada jenis emas. Kini
rantai yang di hadiahkan oleh rakan-rakan hanya menjadi koleksi peribadi
sahaja.
Sesungguhnya wanita kelihatan manis dan anggun
apabila mengayakan perhiasan diri dan berpakaian menurut kehendak syarak. Jika
wanita tidak berlebihan dalam mengayakan perhiasan diri, kes-kes jenayah
seperti ragut dan rompak dapat di kurangkan. Sayangi nyawa anda, dan
bersederhana dalam mengayakan perhiasan.
No comments:
Post a Comment