FOLLOWER'SS !

Tuesday 3 February 2015

SI JANTUNG HATI



Assalamualaikum dan salam sejahtera

 
 
Ibupa adalah insan yang wajib di taati selepas Allah SWT dan Rasulnya.tidak ada seorang pun yang boleh menyamai kedudukan ibubapa yang sangat terhormat ini, apalagi menandinginya. 

Jasa ibubapa yang sangat besar kepada kita iaitu mengandung, melahirkan, membesarkan, mendidik, dan di cukupi segala keperluan hidup dengan penuh kasih sayang, tanggungjawab dan keikhlasan yang mana semua jasa mereka ini tidak dapat terbalas. 

Demikian keistimewaan dan terhormatnya kedudukan ibubapa sehingga Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang bermaksud : “keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa”.

Kewajiban berbuat abik kepada mereka berdua adalah sangat di tekankan dalam islam. Sesuai dengan itu, pelanggaran atas kewajiban tersebut membawa penderhakaan kepada mereka yang membawa akibat bukan sahaja balasan buruk di akhirat tetapi juga di dunia. Akibat penderhakaan kepada ibubapa :

®   Merupakan dosa besar yang menyebabkan mendapat azab seksaan di neraka. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “sebesar-besar dosa ialah menyekutukan Allah, membunuh orang, derhaka kepada ibubapa dan berkata dusta” (Riwayat Bukhari)

®     Semua amal menjadi sia-sia dan tidak bermanafaat. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “tiga perkara yang menyebabkan segala amal tidak bermanafaat lagi ialah menyekutukan Allah derhaka kepada ibubapa dan lari dari medan perang” (Riwayat Thabrani dalam Al-Kabir)

®     Akan di segerakan pembalasannya oleh Allah SWT di dunia di samping kemungkinan masih ada pembalasannya lagi di akhirat. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “dua kejahatan akan di segerakan pembalasannya di dunia ini juga, iaitu zina dan derhaka kepada ibubapa” (Riwayat Thabrani)


Sesungguhnya ibubapa adalah insan yang paling mulia. Di saat kita susah dan senang mereka sentiasa ada untuk kita mengharungi saat getir ini. Ini adalah sebahagian daripada pengorbanan mereka. Justeru itu, mereka perlu di sayangi, di hargai dan di hormati. Kasih sayang mereka tidak pernah pudar, meskipun mereka sudah tiada. Kasih ibubapa hingga ke syurga!