FOLLOWER'SS !

Tuesday 5 August 2014

ITU AKU



©       Cik blog kepada cahayasyurga
©       Masih bujang
©       Awal 20-an
©       Gadis dari pantai timur
©       Sangat menyayangi kucing
©       Geli kepada haiwan bernama tikus


©       Suka pada keceriaan
©       Mementingkan kebersihan
©       Kehidupan yang sunyi bukan pilihan saya!
©       Mud sentiasa berubah. Sukar di jangka.
©       Hot-temper


©       Bukan seorang yang lemah lembut
©       Suka bercakap kuat
©       Kurang minat berfesyen
©       Lebih senang dengan memakai seluar dan t-shirt
©       Tidak suka kasut yang bertumit
©       Hanya berselipar jepun, tetapi tidak berkaki ayam


©       Suka pada angka berbanding abjad
©       Seorang yang sangat teliti
©       Tidak minat bersukan, tetapi suka melihat orang lain bersukan
©       Tidak mudah percaya kepada seseorang
©       Takut hantu !

Monday 4 August 2014

KAHWIN ITU INDAH . .



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pengetahuan tentang perkahwinan dan kekeluargaan islam merupakan perkara asas yang perlu di ketahui oleh setiap individu sebelum memasuki gerbang perkahwinan. Ilmu yang berkaitan dengan sistem kekeluargaan islam wajib di ketahui oleh pasangan suami isteri kerana ia merupakan perkara yang amat penting bagi mencapai matlamat perkahwinan iaitu, kebahagian yang berterusan.

Perkara-perkara yang menjadi amalan dalam perkahwinan islam bermula dengan merisik, meminang, bertunang, akad nikah dan kenduri (walimatulurus).

Nikah dari segi bahasa arab ialah kumpul, himpun dan cantum. Dari segi syarat nikah ialah ikatan yang menghalalkan pergaulan lelaki dan perempaun yang di haruskan berkahwin. 

Perkahwinan telah di syariatkan oleh islam berdasarkan al-quran dan al-hadis di antaranya, firman Allah dalam surah An-Nisa’ayat 3, maksudnya : maka kahwinlah wanita-wanita yang kamu senangi : dua, tiga, dan empat. Tetapi jika kamu takut tidak dapat melakukan keadilan, maka kahwinlah seorang sahaja.

©       Sekilas gambar perkahwinan bersama sahabat di Kuala Terengganu




Matlamat perkahwinan adalah untuk mencapai kebahagiaan hidup berkeluarga yang berkekalan dan mendapat keredhaan Allah S.W.T. ia juga bertujuan untuk memelihara kehormatan diri dalam melaksanakan tuntutan agama di samping mewujudkan ikatan kasih sayang antara suami isteri serta menambahkan (meramaikan) zuriat.

Perkahwinan yang di laksanankan mempunyai hkmah yang banyak antaranya ialah, menghalalkan pergaulan lelaki dan perempaun menurut ketentuan syarak. Memelihara kesucuian keterunan. Membentuk keluarga dan menyusun masyarakat. Melahirkan semangat tolong-menolonga antara ahli keluarga. Menghubungkan kasih sayang (silaturahim).. terima kaseh semua !