FOLLOWER'SS !

Monday 24 November 2014

SAYA ANAK DUNGUN

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dungun merupakan sebuah daerah dalam negeri Terengganu. Terdapat lapan mukim di daerah dungun, antaranya mukim kuala jengai, mukim besol, mukim kuala abang, mukim sura, mukim rasau, mukim kuala dungun, mukim paka dan mukim jerangau.

Kini daerah Dungun lebih di kenali sebagai daerah yang kaya dengan sektor pendidikan. Sektor ini, memainkan peranan sebagai ejen-ejen ilmu pegetahuan kepada rakyat Terengganu atau pun rakyat luar Terengganu. Antara institusi pendidikan yang terdapat di daerah Dungun ialah Universiti Teknologi Mara (UITM) kampus Dungun dan Bukit Besi, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), dan sekolah-sekolah kerajaan.
 
PSMZA

UITM DUNGUN

Nama Dungun di katakan bermula apabila pendatang daripada kepulauan Indonesia iaitu Pagar Ruyung Sumatera telah membuka kawasan di kawasan paya air tawar yang banyak di tumbuhi sejenis pokok situ (paya) iaitu pokok dungun atau nama saintifiknya “heritiera littoralis” keluarga “sterculiaceae”.
 
POKOK DUNGUN
Dungun menjadi lebih terkenal pada mata dunia sejak penemuaan dan perlombongan biji besi pada tahun 1930 oleh Nippon Mining Company dan di exspori di jepun pada tahun 1931 hinggalah kepada pendudukan Inggeris di Terengganu. Pembangunan di Dungun khususunya Bukit Besi menjadi pesat dengan terdirinya jalan-jalan (rel) keretapi dan bangunan pejabat serta pertambahan penduduk yang sentiasa meningkat dari tahun ke tahun samada rakyat Terengganu dari daerah lain mahupun pekerja-pekerja lombong Bukit Besi dan luar Terengganu dengan diketuai oleh seorang ketua dan rumah pasung Dungun di bahagi kepada cawangan Bukit Besi dan paka.

Dengan penemuaan bijih besi, Daerah Dungun menjadi termaju di Negeri Terengganu ketika itu, malah ianya terkenal di kalangan negara-negara luar khususnya negara pengimpot besi seperti Jepun, Korea dan sebagainya.

KERETAPI LAMA

BUKIT BESI (ZAMAN DAHULU)
Sekian sahaja edisi saya anak Dungun. Di harap perkongsian hari ini dapat memberi manafaat kepada bakal-bakal pelancong ke tanah hitam putih. Sebelum mengakhiri bicara, sudi-sudi lah melihat sekilas gambar-gambar terbaru daerah saya..

MERCU TANDA DAERAH

BOT-BOT NELAYAN
JAMBATAN DUNGUN

SUNGAI BERTEMU LAUT

No comments:

Post a Comment