FOLLOWER'SS !

Saturday 2 August 2014

RAMADHAN, ALHAMDULILLAH !


Assalamualaikum dan salam sejahtera..




Sepuluh hari pertama di dalam bulan ramadhan adalah rahmat. Tetapi Allah S.W.T tidak menguji kemampuan hambanya menahan lapar dan dahaga hanya dalam sepuluh hari pertama tetapi sepanjang ramdhan. Bersyukurlah kita di lahirkan sebagai seorang yang islam kerana islam adalah pemudah cara. Akan tetapi ada segelintir insan di muka bumi ini tidak malu melakukan kesalahan, sebagai contoh tidak berpuasa di tempat awam.


Pertengahannya pengampunan. Alhamdulillah di beri kesempatan melalui sepuluh malam yang berikut untuk mengandakan amal-amal kebaikan di bulan yang mulia ini. Antara ibadah yang sering di lakukan oleh para nabi dan para solihin ialah memperbanyakkan solat sunat, zikir,qiamulai dan sedekah.  Mudah-mudahan perkara baik yang di tinggal oleh orang terdahulu boleh menjadi ikutan generasi sekarang, in shaa Allah!


Di dalam sepuluh malam terkakhir pada bulan ramdhan terdapat satu malam iaitu malam lailatulqadar. Segala amal kebaikan yang kita lakukan di lipat gandakan pahalanya, alhamdulillah! Lailatulqadar berlaku pada malam-malam ganjil ada sumber menyatakan sekiranya berlaku malam lailatul qadar malam itu sunyi, tenang, pokok-pokok tunduk  ke bumi. Pada siang nya matahari tidak mengeluarkan cahaya yang sangat terang. Keadaan siang nya tidaklah terlalu panas.


Jadi rebutlah peluang keemasan ini untuk melipat gandakan amal ibadat kita. Anggap ini ramadhan terakhir supaya kita lebih bersemangat dan berusaha gigih meningkat pahala kita sepanjang ramadhan ini. In shaa Allah ganjaran syurga menjadi idaman! Salam ramadhan al-mubarak 2014...terima kaseh semua.. !

No comments:

Post a Comment