FOLLOWER'SS !

Saturday 2 August 2014

SEREMBAN, SAYA DATANG !




Assalamualaikum, dan salam sejahtera..

Penghijrahan dari satu daerah kepada satu daerah yang lain adalah suatu perkara menyedihkan. Ini benar-benar terjadi pada diri saya kerana saya tekad dengan keputusan saya untuk bekerja di rantau orang demi mencari sesuap nasi. Ini kerana, usaha mendapatkan pekerjaan di bumi kelahiran terlalu sukar.

Alangkahnya malangnya memikirkan nasib diri ini dalam mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian. Lantas dalam tempoh itu, saya mengambil keputusan mencari rezeki di bumi seremban, negeri sembilan setelah di pelawa oleh seorang rakan perempuan.

Beratnya hati takkala mengambil keputusan berhijrah ke negeri orang. Berlinangan air mata sepanjang perjalanan ke daerah seremban. Perjalanan dari dungun ke seremban memakan masa dalam lapan hingga sembilan jam, sekiranya menaiki pengangkutan awam. Ia sangat memenatkan!

Hampir dua minggu menetap di sana. Saya  memulakan langkah mencari rezeki di On Semiconductor sebagai operator. Pandangan pertama setibanya di On sangat teruja. Oleh sebab, reka bentuk dan susun atur kilangnya sangat unik dan gah di pandang mata yang melihat. Minggu pertama dan kedua di On saya dan rakan-rakan di latih oleh dua orang guru yang berpengalaman untuk melatih dan membimbing kami tentang etika kerja dan panduan di bahagian masing-masing. Kami akan di nilai melalui ujian online dan ujian manual.


Peraturan di sini tersangatlah ketat sehinggakan sesiapa yang bukan bertaraf staff di sini tidak di benarkan masuk tanpa pengiring. Persekitaran kerja di On sangat  harmoni, seronok dan mendamaikan. Banyak faedah yang di perolehi sekiranya bekerja di On antaranya subsidi makan, pengangkutan percuma, klinik panel, pakaian seragam percuma, kemudahan surau dan pelbagai lagi.  Rakan-rakan di On semuanya baik-baik.. Alhamdulillah! Majoriti pekerja di On semiconductor adalah warga malaysia. Bangsa melayu dan india yang memonopoli berbanding kaum cina.

Kehidupan sebagai seorang pekerja kilang sangat indah berbeza dengan tanggapan sesetengah pihak. Dahulu saya tidak terkecuali sama memperlekeh warga kilang. Tetapi hari ini tanggapan itu berubah sama sekali.. justeru itu, tidak perlulah memperendah status warga kilang.. kilang pemangkin ekonomi negara! Terima kaseh semua..



No comments:

Post a Comment