FOLLOWER'SS !

Sunday, 11 January 2015

MEMERANG @ BERANG



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Memerang ialah haiwan yang tinggal berdekatan air. Terdapat pelbagai jenis memerang, antaranya memerang kecil, memerang kumis, memerang licin (lutrogale perspicillata) dan memerang eurasia (lutra lutra).  sebahagian memerang tinggal dekat sungai dan di laut (memerang laut). Merang hidup di setiap benua kecuali australasia dan antartika.


Memerang kecil (bahasa inggeris : oriental/asian small-clawed otter) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di malaysia. Nama sainsnya (binomial) Aonyx cinerea.Memerang kecil adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrata) , kelas mamalia. Filum kordata. Order karnivor. Famili mustelidae. Spesies A. Ciberea. Genus Aonyx. Jantung memerang kecil terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas di kenali sebagai atrium, sementara kamar bawah di kenali sebagai ventrikel. sebagai mamalia, memerang kecil berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Memerang kecil akan menjaga anak sehingga mampu berdikari. Memerang kecil merupakan haiwan yang di lindungi dan memerlukan lesen pemburuan.

Memerang kumis juga di kenali sebagai berang-berang kumis (bahasa inggeris : hairy-nosed otter) ialah sejenis memerang yang di anggap pupus sejak tahun 1998. Bagaimanapun memerang ini kini telah di temui di semenanjung malaysia , borneo, jawa sumatera, thailand dan indochina serta di tasik toluca californa amerika syarikat. Nama sainsnya (binomial) lutra sumatrana. Genus lutra. Spesis l.sumatrana. Bentuk dan saiznya memerang kumis adalah serupa dengan memerang eurasia (lutra lutra). Hampir satu meter panjangnya, memerang ini mempunyai kaki renang serta kuku yang kuat. Kulitnya berwarna perang tua di bahagian atas dan perang pucat di bahagian bawah, dengan pemisah yang nyata. Bulunya halus dan lembut, sebagaimana dengan kebayakkan memerang yang lain. Muncungnya berbentuk perisai dan di litupi oleh bulu.

Sebagaimana dengan memerang lain,memerang kumis adalah haiwan sosial. Haiwan ini keluar dalam kawanan dan saling melindungi antara satu sama lain. Kekadang memerang ini bergabung dengan kawanan yang lain untuk mencari makanan. Jika terdapat memerang yang baru di lahirkan, memerang dewasa,termasuk memerang jantan akan bergilir menjaga anak itu.
 
Pada umumnya memerang di anggap sebagai penunjuk ekologi yang terbaik. Di mana terdapat memerang , di situlah air sungai tidak tercemar. Memerang akan meninggalkan sesuatu kawasan jika tempat itu tidak lagi membekalkan ikan yang mencukupi.

3 comments:

  1. Anak memerang makan apa? menyusu tak?

    ReplyDelete
  2. Awak bela ke? Comelnya.... ingatkan kena duk dalam air je. Rupanya boleh bawa masuk dalam rumah 😍

    ReplyDelete
  3. Awak bela ke? Comelnya.... ingatkan kena duk dalam air je. Rupanya boleh bawa masuk dalam rumah 😍

    ReplyDelete